Sunday, October 30, 2011

Ikhlas syarat capai haji mabrur



ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Boleh menunaikan haji lebih daripada sekali. Dalilnya ialah suatu ketika Rasulullah SAW berkhutbah: Sesungguhnya Allah mewajibkan kepada kamu sekalian haji. Seorang sahabat bernama al-Aqra Habis bertanya: Apakah pada setiap tahun, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Seandainya aku mengatakannya, maka ia menjadi wajib.Balasan haji mabrur dijelaskan dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Haji mabrur tiada balasan kecuali syurga. Yang dimaksudkan dengan haji mabrur di sini ialah haji yang diterima di sisi Allah SWT. Teks hadis yang lengkap iaitu seperti dalam Surah at-Tirmizi yang berbunyi: Iringilah antara haji dan umrah kerana keduanya menghapuskan dosa seperti ahli logam menghapuskan kotoran besi, emas dan perak. Haji mabrur tidak ada balasan kecuali syurga. Tidaklah seorang mukmin sepanjang hari berada dalam keadaan berihram melainkan dosa-dosanya terbenam bersama matahari.

Thursday, October 13, 2011

Iktibar Terbaik Dari Mekah

CERITA aneh itu bersambung dengan kisah wanita tersebut ingin menyudahkan tawaf. Tetapi dirinya ketika itu benar-benar buntu. "Mustahil bagi saya untuk keluar mengambil air kerana keadaan masa itu sangat sesak, padat dengan jemaah. Saya memegang tangan ibu dan suami".

Saya menangis teresak-esak sambil berdoa kepada Allah: "Aku mohon pada-Mu, ya-Allah. Bantulah aku, kerana aku tidak mampu selesaikan ibadah ini tanpa air, ya Allah!

"Saya merayu dan terus menangis melihat air yang tidak berhenti-henti mengalir keluar dari botol yang saya pegang. Tanpa air, saya akan pengsan. Tetapi aneh, beberapa minit kemudian, tiba-tiba air tidak lagi keluar.

Sunday, October 2, 2011

Bertawakal Selepas Berusaha dan Berdoa

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 122 yang bermaksud: “Hanya kepada Allah orang beriman bertawakal.” Perkataan tawakal diambil daripada kata ‘wakala’ yang dasarnya sama dengan kata wakil. Perintah bertawakal sama maknanya dengan firman Allah SWT dalam ayat 9 surah al-Muzzammil: “Jadikanlah Dia wakil.”

Apabila seseorang mewakilkan orang lain, maka sebenarnya dia sudah menjadikan individu itu sebagai dirinya dalam persoalan berkenaan sehingga seorang wakil melaksanakan apa yang dikehendaki oleh orang yang menyerahkan kepadanya perwakilan. Menjadikan Allah sebagai wakil atau bertawakal kepada Allah SWT bererti menyerahkan kepada-Nya segala persoalan. Dialah yang mengingini atau bertindak sesuai dengan hendak manusia yang menyerahkan perwakilan itu.

Saturday, October 1, 2011

Solat Hormat Waktu


solat wajib dilaksanakan termasuk semasa di dalam pesawat.

KEPENTINGAN solat yang perlu dilakukan dalam semua keadaan amat jelas berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu maka solatlah dalam keadaan mengiring. (riwayat al-Bukhari).

Tetapi ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu.

Pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi. Antaranya, tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu.