Tuesday, November 25, 2008

Panduan Untuk Semua...Tentang Haji.

Bimbingan Haji
Objektif Bimbingan Haji
Meningkat pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah.
Untuk meningkat kesedaran dan tentang situasi sebenar di tanah suci.
Membantu melahirkan ummah yang bertaqwa yang memahami fungsi mereka selepas kembali dari haji.
Perkhidmatan Bimbingan Haji

1. Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji ( Tabung Haji / JAKIM)

Pengurus Besar (Bimbingan) sebagai setiausaha Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji.
Ahli Jawatankuasa di lantik 3 tahun sekali di dalam perkhidmatan dengan TH.
Memutuskan kedudukan hukum-hakam berkaitan isu-isu haji yang dirujukan kepadanya.
Memutuskan kedudukan hukum-hakam berkaitan isu-isu ibadat haji yang ditemui dari semasa ke semasa.
Mengemukakan cadangan kepada pengurusan TH berkaitan isu-isu pelaksanaan ibadat haji.
Mengesahkan semakan ke atas bahan-bahan penerbitan ibadat haji yang dikeluarkan oleh TH dari semasa ke semasa.
Bertugas sebagai anggota jemaah pakar rujuk ibadat haji dalam Rombongan Kebajikan Haji ke Tanah Suci sebagaimana yang diarahkan.

2. Tugas Penasihat Ibadat Haji (Pakar Rujuk Semasa Di Tanah Suci)

Membantu menyelesaikan masalah ibadat yang dirujukkan oleh Tabung Haji.
Memberi nasihat dan panduan kepada Guru Agama.
Memastikan nasihat dan panduan yang diberikan adalah menepati kehendak syarak.
Menyelia dan menasihat perjalanan program bimbingan ibadat.
Menyampaikan ceramah dan forum ibadat kepada jemaah haji.
Menyelesaikan permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.

3. Muzakarah Haji

Merupakan program tahunan yang melibatkan Pengkursus Ibadat Haji seluruh Negara. Kertas kerja muzakarah disedia dan dibentangkan oleh Penasihat Ibadat Haji (TH - JAKIM). Kertas kerja dan resolusi muzakarah haji dijadikan panduan dalam ceramah haji.

4. Perlantikan Pengkursus Ibadat Haji Lembaga Tabung Haji

Membuat permohonan melalui pejabat TH Negeri atau Daerah. Mengisi borang permohonan Pengkursus Ibadat Haji. Hendaklah memenuhi kriteria berikut
sebelum mengisi borang:
Telah menunaikan fardhu haji dan umrah (bukan dengan kapal laut).
Mempunyai tauliah mengajar yang sah dan masih berkuatkuasa dari Majlis / Jabatan Agama Islam.
Mempunyai latar belakang pendidikan agama dengan kelulusan sekurang-kurangnya 4 Thanawi atau setaraf.
Tidak membawa jemaah haji atau berkempen ketua kumpulan / syarikat swasta.
Lulus temu duga pemilihan Pengkursus Ibadat Haji.

5. Perlantikan Guru Agama Tanah Suci Lembaga Tabung Haji

Dilantik oleh TH sebagai Pengkursus Ibadat Haji.
Dicalon oleh Pengarah Negeri dan disahkan oleh Bahagian Bimbingan.
Telah menghadiri Muzakarah Haji (dalam tempoh 3 tahun terdahulu).
Telah menunaikan ibadat haji dan umrah (bukan dengan kapal laut).
Lulus temu duga pemilihan Guru Agama Tanah Suci.
Tidak terlibat membawa jemaah haji.
Sihat tubuh badan dan umur tidak melebihi 60 tahun.

6. Menyediakan kursus khas untuk Guru Agama yang akan bertugas di Tanah Suci

Kursus Teras Guru Agama Tanah Suci.
Muzakarah petugas Guru Agama Tanah Suci.

7. Tugas Guru Agama di Tanah Suci

Menyusun jadual ceramah bimbingan ibadat dan melaksanakannya.
Menyusun dan melaksana program ibadat.
Melaksanakan aktiviti Ziarah Silaturahim.
Memberi nasihat permasalahan ibadat jemaah haji yang dirujuk.
Menyediakan laporan program ibadat jemaah haji.
Menyediakan laporan permasalahan ibadat jemaah haji.

8. Kursus Haji

Kursus Haji Bersiri
Kursus Haji Intensif
Kursus Haji Khas
Kursus Haji Perdana
Menyelaraskan Kursus Haji TH di seluruh negeri.

9. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui media cetak dan elektronik:

Siaran Penyiaran TV, Radio RTM dan IKIM
Akhbar Tempatan (Berita Harian)

10. Mengadakan Program Bimbingan Haji melalui penerbitan:

Buku Panduan Ibadat Haji Umrah dan Ziarah (Diberi percuma semasa pendafaran haji dikaunter TH).
Buku Panduan Doa dan Solat Sunat di Tanah Suci (Diberi percuma semasa Kursus Haji Intensif/Perdana).
Buku Panduan Perjalanan Jemaah Haji (Diberi percuma semasa Kursus Haji Intensif/Perdana).
Buku Soal Jawab Haji dan Umrah (Diberi percuma semasa Kursus Haji Intensif/Perdana).
Risalah Perjalanan Haji (Diberi percuma di stesyen berlepas).
Senarai semak Ibadat Haji dan Umrah (Diberi percuma di stesyen berlepas).

No comments:

Post a Comment