TIDAK faham ilmu al-Quran dan sunnah boleh membawa kepada tanggapan ada antara ayat al-Quran bercanggah dengan hadis. Oleh itu, kefahaman ilmu al-Quran dan sunnah satu keperluan untuk mengelak lahirnya salah tanggapan itu.
Kefahaman berkenaan al-Quran dan sunnah perlu dipelajari kerana kedua-duanya berasal daripada satu sumber iaitu Allah SWT, maka adalah mustahil ia bercanggah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah bagi umat Islam, juga menjawab beberapa persoalan yang membimbing akal untuk diyakini serta diamalkan seperti perkara ghaib, akidah, ketuhanan dan hari akhirat.
Begitu juga dengan persoalan akhlak, al-Quran menetapkan nilai baik dan apakah kelebihannya. Selain itu, al-Quran juga mengandungi persoalan perundangan yang mampu memberi kedamaian kepada masyarakat.
Wahyu adalah sumber rujukan tertinggi dalam Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Sunday, April 8, 2012
Friday, March 9, 2012
Putus Silaturahim Laluan Ke Neraka
Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang melarang memutuskan hubungan silaturahim (ada yang menyebut silaturahmi). Antaranya adalah hadis Imam al-Bukhari daripada Jubair bin Muthim yang menyatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.
Kandungan hadis ini dibincangkan oleh pakar-pakar hadis dan mereka berkata bahawa yang tidak masuk syurga itu hanyalah orang yang mendustakan atau tidak percaya ajaran Nabi. Atas dasar itu, mereka memahami kalimah tidak masuk syurga di sini ertinya tidak masuk syurga dalam rombongan yang awal kerana orang yang memutuskan hubungan silaturahim akan diseksa ke dalam neraka terlebih dulu. Ada juga yang memahami hadis itu adalah ancaman agar setiap orang sentiasa menjalinkan hubungan harmoni dengan sesama manusia.
Begitu juga, antara ayat al-Quran yang melarang daripada memutuskan hubungan silaturahim adalah ayat 25 surah ar-Rad yang bermaksud: Orang yang merosakkan janji Allah selepas diikrarkan dengan teguh, dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mengadakan kerosakan di bumi. Orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk.

Friday, February 10, 2012
Sedekah Secara Senyap
Allah SWT berfirman bermaksud: Wahai orang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu beruntung. ( Surah surah al-Maidah ayat 91)
Dalam hadis riwayat al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya ada orang berusaha mendapatkan harta dengan cara tidak benar. Maka nerakalah bagi mereka pada hari kiamat.
Allah tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Justeru, orang bersedekah dengan barang haram tidak akan diterima amalannya.
Dalam hadis riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada Mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul.

Subscribe to:
Posts (Atom)