Wednesday, April 27, 2011

Solat Diterima Allah



Empat perkara yang harus difikirkan sebelum bersolat supaya solat diterima oleh Allah.

Perkara-perkara disebutkan di bawah ini adalah petikan dari kitab Kuliah Subuh karangan al-Marhum Syed Ahmad Semait. Beliau berkata, Imam al-Murzabani Rahimahullah alaihi membincangkan tentang syarat-syarat solat yang sempurna, perkara tersebut adalah:

01.Hadir hatinya

Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.

02.Bersaksi akalnya

Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.

03.Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya

Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering.

04. Kusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya

Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.

Semoga bersama kita mendapat ganjaran solat-solat yang diterima Allah. Amin.

Wallahu a'lam.

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]

-Artikel Iluvislam.com

Friday, April 22, 2011

Pendakwah Perlu Kuat Intelektual dan Spiritual



DAKWAH ialah usaha mengajak orang lain mendekati Allah, menyeru mereka ke arah kebenaran dan seterusnya mengikut apa digariskan ajaran Islam. Dakwah mengajak manusia melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Dr Sayyid Muhammad Nuh menjelaskan dalam bukunya Taujihat Nabawiyyah ‘Ala al-Thariq, makruf adalah suatu konsep mencakupi semua perkara atau amalan diterima dan diredai Allah seperti ibadah khusus seperti solat, berpuasa, berzakat dan ibadat umum seperti adil, amanah serta mengotakan janji.

Maka amar makruf itu bermaksud mengajak atau mendorong orang lain melaksanakan amalan mulia yang khusus serta umum demi kesejahteraan diri, masyarakat dan mendapatkan keredaan-Nya.

Al-Munkar pula mencakupi semua amalan tidak diredai dan dibenci Allah merangkumi segala perbuatan zahir dan batin seperti riak, hasad dengki, bermusuh-musuhan, meninggalkan ibadah khusus, mencuri, berzina, khianat dan berbohong.

Wednesday, April 20, 2011

Pesanan Kepada Pendakwah

Oleh BURHANUDDIN ABDUL JALAL


Pendakwah perlu bijak menyesuaikan pendekatan dakwah berdasarkan kumpulan sasaran agar ia mudah difahami dan dipraktikkan. -Gambar hiasan

BERDAKWAH bukanlah sekadar 'laluan mudah' atau 'gaya bebas'. Usaha dakwah penuh dengan kesulitan, kepayahan, pengorbanan dan perjalanan yang jauh. Ia juga bukan jalan pintas dan jalan mudah untuk mendapatkan hasil dalam jangka pendek.

Sebagai aktivis dakwah, segala persiapan diri perlu dipenuhi bagi menghadapi pelbagai cabaran.

Allah SWT mengingatkan kita sebagai aktivis dakwah melalui firmannya yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. (al-Ankabut: 2-3).

Wednesday, April 13, 2011

Hindari Sifat Marah

Susunan ZULKIFLEE BAKAR



Kegagalan mengawal marah menyebabkan manusia bertindak di luar batasan termasuk membunuh.

SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.

Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Friday, April 8, 2011

Gambaran kiamat menurut al-Quran

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI


Tsunami yang berlaku mungkin bayangan kecil kepada kiamat yang dijanjikan oleh Allah kepada makhluk-Nya.

SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah. Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.

Sebab nuzul ayat,

Orang kafir sering bertanya tentang hari pengadilan. Mereka bertanya: Bilakah datangnya hari Kiamat itu? Manakala sesetengah yang lain bertanya: Bilakah datangnya janji itu?

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat agar mereka mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menentukan hari itu iaitu hari yang didedahkan kepada manusia bahawa mereka semua akan kembali menghadap Allah SWT untuk mengurniakan balasan pahala kepada orang yang beriman serta seksaan kepada orang yang melakukan perbuatan dosa.

Friday, April 1, 2011

Sedekah Pintu Barakah

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID



KALA memandu dari Bulatan Pahang menuju Ke Jalan Kuching di ibu kota, sekali-sekala cuba alihkan pandangan ke sebelah kiri jalan. Di atas sebuah bangunan di situ, ada sebuah papan besar yang menempatkan sebuah iklan. Ilustrasinya mudah, ada sekaki payung yang besar dengan tulisan berbunyi: 'Bentengilah harta anda dengan zakat.'

Sebenarnya, kalimah tersebut adalah daripada sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang berbunyi: "Lindungi harta kamu dengan zakat, ubati sakitmu dengan sedekah, dan hadapi gelombang hidup dengan tawaduk kepada Allah dan doa (riwayat al-Baihaqi)."