Umat Islam wajib percaya setiap perbuatan pasti dapat ganjaran sama ada dosa atau pahala
ALLAH SWT menyediakan dua penempatan kepada manusia iaitu penempatan sementara di dunia dan penempatan kekal di akhirat. Di penempatan pertama, Allah SWT mendatangkan kepada manusia pelbagai ujian kepada orang Islam dan bukan Islam, beriman atau sebaliknya.
Di penempatan akhirat, Allah SWT menjanjikan balasan kepada manusia sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada nilai amalan manusia sepanjang hayat mereka di dunia yang dihitung menerusi timbangan antara pahala atau dosa.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan cari pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baik (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu dan jangan kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, ayat 77).
Friday, December 23, 2011
Sunday, December 4, 2011
Asnaf Zakat Yang Maksiat

Wang zakat tidak sepatutnya dibelanjakan kepada perkara-perkara maksiat seperti berjudi dan minum arak. - Gambar hiasan
Hakikatnya, dalam kehidupan di dunia ini, manusia terbahagi kepada dua golongan. Golongan golongan taat dan kedua, golongan maksiat.
Namun begitu, apabila yang melakukan maksiat itu adalah kalangan orang miskin yang melarat, maka pastilah ia lebih dipandang berat.
Seperti mana dinukilkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW ada menyatakan:
Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,- kata Muawiyah: Juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat seksa yang pedih iaitu: 1) Orang tua penzina; 2) Raja (penguasa) yang pembohong dan 3) si miskin yang sombong". (riwayat Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)