Friday, November 25, 2011

Jadi Lebih Baik Selepas Tunai Haji



Sepatutnya setiap orang yang kembali daripada menunaikan ibadat haji bermuhasabah dengan sepenuh hati. Dengan mempersoalkan beberapa soalan yang boleh menilai ibadat yang baru dilakukan.

Soalannya seperti adakah dilakukan ibadah haji dengan rezeki yang halal, adakah dilakukan dengan memelihara wajib haji dan rukun haji dengan teliti, adakah dipelihara mata dan hatinya dan keikhlasannya selama melakukan ibadah haji.

Adakah kita berjaya menghindarkan tiga perkara penting yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah di awal-awal perbicaraan mengenai haji, iaitu ibadah haji dilakukan dengan tidak tidak melakukan maksiat, tidak berbantah-bantah yang boleh membawa kepada pergaduhan dan tidak berkata kesat.

Sunday, November 20, 2011

Adab Memegang Al-Quran



Kalangan ulama berbeza pandangan mengenai maksud firman Allah SWT dalam surah al Waqiah ayat 79 yang bermaksud: Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan).” Hal ini disebabkan adanya pelbagai kemungkinan maksud kalimah yang digunakan pada ayat berkenaan.

Contohnya kalimah ‘Yamassuhu (menyentuhnya)’ adakah ia pengertian hakiki (kata sebenar) atau majazi (kata pinjaman). Kalau hakiki, bererti menyentuh atau memegang al-Quran. Manakala kalau majazi ertinya memahami dengan baik atau memperoleh berkatnya atau merasakan kelazatannya.

Friday, November 4, 2011

Manusia dipantau di dunia, balasan setimpal menanti di akhirat

RAMAI terdorong melakukan perkara mendatangkan dosa ketika muda disebabkan mengikut nafsu. Masa muda sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin memandangkan tenaga masih kuat serta memiliki kelebihan lain.

Rasa takwa akan mengingatkan kita kepada dua malaikat yang mencatatkan apa dilakukan manusia. Menyedari perkara itu tentu kita berfikir banyak kali untuk melakukan perbuatan ditegah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.” (Surah Qaf ayat 17)