Thursday, September 22, 2011

Utama Wali Dalam Merencana Perkahwinan

Rukun nikah tidak boleh diambil mudah, penentu pernikahan sah atau sebalik



BARU-BARU ini akhbar melaporkan berlaku kes seorang anak sanggup membuat pengakuan dia anak luar nikah semata-mata ingin berkahwin sedangkan bapa kandungnya masih hidup. Perbuatan ini jelas salah, tidak beretika serta berlawanan hukum syarak.

Perbuatan itu dilakukan tanpa memikirkan akibat buruk kepada institusi kekeluargaan. Lebih mendukacitakan, dilaporkan ada waris terdekat yang sama-sama memberikan keterangan palsu untuk memudahkan proses perkahwinan pihak terbabit.

Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku hanya kerana marahkan bapa sehingga sanggup mengetepikan bapa sebagai wali pernikahannya serta memilih jalan keluar dengan mengisytiharkan diri sebagai anak luar nikah.

Thursday, September 15, 2011

Akidah Bersih Personaliti Muslim

Contohi sifat intelektual Rasulullah SAW ketika berfikir

PEMBENTUKAN dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah SWT ialah sahsiah yang soleh dari segi tutur kata serta perbuatan. Walaupun peribadi mulia yang diterjemahkan setiap manusia berbeza, al-Quran tetap menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti umat Islam.

Umat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan kerana jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepemimpinan. Jika kita tidak mengejar masa, sudah tentu kita ketinggalan dan lemah, sedangkan umat Islam kuat kerana ilmu.

Peribadi soleh termasuk kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada bantuan orang

Untuk membina personaliti Muslim dihormati ialah dengan akidah yang bersih. Muslim perlu mempunyai ikatan kuat dengan Allah SWT supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat.

Friday, September 9, 2011

Jumaat Penghulu Segala Hari



HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.

Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Monday, September 5, 2011

Puasa sunat Syawal bantu ummah sentiasa istiqamah

SELEPAS beberapa hari meraikan Aidilfitri, rasanya ramai yang mengambil kesempatan memulakan puasa sunat enam hari pada Syawal. Tidak dinafikan ada yang sudah memulakannya sejak Syawal kedua lagi.

Puasa sunat Syawal adalah sambungan daripada amalan puasa Ramadan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam. Pastinya kita tidak mahu ketinggalan mendapat ganjaran disediakan untuk mereka yang melaksanakannya.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi puasa enam hari pada Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis riwayat Muslim)

Pelaksanaan puasa sunat Syawal juga sebagai pendorong kepada kita untuk sentiasa istiqamah dalam melakukan amal kebaikan kerana selepas diberi hari mulia meraikan kejayaan melawan nafsu sepanjang Ramadan, hati masih kental berpuasa pada saat mencabar.