Sunday, August 17, 2008

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 2008.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, AJK Surau Al-Mukhlisin akan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 28 Ogos 2008 (Khamis mlm Jumaat) 26 Syaaban 1428 Hijrah

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau Al-Mukhlisin, Tmn Temerloh Jaya Indah.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sekeluarga dijemput hadir ke majlis tersebut. semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga di dalam majlis ini diberkati Allah hendaknya.

Sekian, terima kasih.

SUMBANGAN UTK MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MOREY DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2008

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa, tidak lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia. Pada bulan tersebut kita umat Islam diwajibkan mengerjakan ibadah puasa.

3. Sehubungan dengan itu, jawatan kuasa surau mengalu-alukan sumbangan atau penajaan untuk majlis berbuka puasa dan morey di sepanjang Bulan Ramadhan tersebut. Sumbangan dan penajaan daripada tuan/puan amatlah kami hargai. Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang, bolehlah berhubung dengan kami melalui emel yang tertera di right side blog atau terus memasukkan sumbangan anda ke akaun kami yang terdapat di blog ini. Semoga dengan sumbangan dan penajaan tuan/puan mendapat pahala yang sangat besar disisi Allah hendaknya.
4. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan sekeluarga di dalam perkara tersebut, diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian. Assalammualaikum.